fbpx

Zizan Razak sertai Toyota Gazoo Racing musim keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zizan Razak bakal menyertai pelumbaan Vios Challenge di Festival Toyota Gazoo Racing musim keempat yang akan bermula pada 28 Januari depan.

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak, Zizan Razak bakal menyertai pelumbaan Vios Challenge di Festival Toyota Gazoo Racing musim keempat yang akan bermula pada 28 Januari depan.

Zizan bersama penyanyi, Talitha Tan dan personaliti, Ahirene Ahirudin merupakan nama baru sebagai pelumba dalam kelas Promotional untuk kali ini.

Menurut kenyataan UMW Toyota Motors , pelumba selebriti yang masih dalam kategori itu seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Wani Hasrita, Nabila Razali dan Khai Bahar.

Katanya,musim keempat akan menampilkan pembaharuan melibatkan tiga siri perlumbaan, 11 perlumbaan menakjubkan dengan jumlah hadiah terkumpul bernilai RM420,000.

“Sebagai lanjutan kepada kejaan musim sebelum ini, Vios Challenge masih kekal sebagai acara utama dengan tambahan Gazoo Racing Vios Sprint Cup dan Gazoo Racing Enduro Cup.

“Vios Challenge akan menampilkan tiga pusingan keseluruhan dengan enam perlumbaan manakala Gazoo Racing Vios Sprint Cup menyaksikan dua pusingan sementara Gazoo Racing Enduro Cup berlangsung seiring dengan Perlumbaan Enduran Sepang 1,000 kilometer (km),” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Tambahnya, pada musim keempat juga bakal menyaksikan perlumbaan sulung bagi kelas Rookie yang melibatkan enam pelajar daripada Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing menggunakan kereta buat pertama kali.

“Program ini merupakan usaha pertama seumpamanya yang dianjurkan oleh sebuah syarikat automotif di Malaysia mencari dan mendidik enam pelumba berkenaan.

“Mereka kemudiannya dikehendaki untuk menjalani latihan diluar dan juga didalam litar dibawah seliaan pelatih-pelatih berpengalaman,” tambahnya.

Jelasnya,perlumbaan pembukaan akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang manakala pusingan kedua akan berlangsung pada Julai di lokasi yang sama, sementara pusingan ketiga dan yang terakhir pada bulan September.

“Sama seperti musim sebelum ini ,Toyota Vios Challenge akan menawarkan hadiah wang tunai kepada setiap dua perlumbaan dalam satu-satu hujung minggu ia berlangsung, serta hadiah wang tunai bagi pemenang keseluruhan pada penghujung musim,” jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI