fbpx

MAIS bantu 1,000 penduduk RPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (dua dari kanan) menyampaikan simbolik penyerahan bantuan kepada seorang pengurus RPR di Bangunan MAIS hari ini. FOTO : ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Prihatin dengan nasib 1,000 penduduk Rumah Pemulihan Riqab (RPR) yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil inisiatif memberikan bantuan.

Mereka terdiri 26 RPR sekitar Selangor seperti RPR Baitul Islah Bukit Beruntung, Hidayah Insani, Rumah Sahabat, Akhlak Insani, Rumah Saffiyah dan Teduhan Kasih.

Setiausaha MAIS, Dr.Ahmad Shahir Makhtar berkata, bantuan menerusi pek makanan kering tersebut bernilai keseluruhan RM100,000 bagi memastikan mereka sentiasa menjalani kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

Katanya, ini termasuk beras sebanyak 10 kilogram (kg), tepung gandum dan gula 3 kg, minyak masak 5 kg, bihun, kicap dan susu dengan nilai RM100 setiap pek seorang.

“Penyerahan dilakukan secara berperingkat bermula hari ini hingga 28 Disember ini melibatkan daerah Klang, Petaling, Kuala Selangor, Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sabak Bernam.

“Agihan sumbangan ini diuruskan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) yang merupakan anak syarikat MAIS,” jelasnya.

Simbolik penyerahan mock-up bantuan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni kepada salah seorang pengurus RPR hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI