fbpx

Kerajaan belanja RM2.05 bilion bagi vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan kerajaan komited membelanjakan kira-kira RM2.05 bilion bagi liputan keseluruhan vaksin Covid-19 yang diperoleh daripada lima syarikat pengeluar vaksin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kos berkenaan adalah bagi liputan kira-kira 82.8 peratus populasi atau 26.5 juta rakyat Malaysia.

Beliau berkata, liputan vaksin itu cukup untuk menampung keseluruhan golongan dewasa di negara ini.

“Mungkin ramai tanya apa akan jadi pada baki rakyat Malaysia yang lain iaitu seramai 5.5 juta? Saya ingin jelaskan bahawa ujian klinikal vaksin hanya dijalankan kepada orang dewasa sahaja dan tidak membabitkan kanak-kanak.

“Buat masa ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengesyorkan vaksin ini diberikan hanya kepada orang dewasa sahaja,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan perolehan vaksin Covid-19 negara di sini hari ini.

Katanya, beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan akan menambah sedikit lagi bekalan vaksin bagi menampung keperluan vaksin negara menerusi rundingan bersama dua syarikat pengeluar lain.

Dalam pada itu, Khairy berkata, beliau menjelaskan kerajaan tidak boleh mempericikan harga sebenar vaksin berdasarkan syarikat pengeluar vaksin kepada rakyat kerana ia melanggar syarat yang ditetapkan syarikat pengeluar vaksin berkenaan.

“Ini adalah syarat (tidak boleh dedahkan harga) ditetapkan mereka bukan syarat kita. Kalau ikut kerajaan, kita nak umum dan kita tidak ada masalah nak umum,” katanya.

Khairy berkata, beliau juga bersedia untuk memberi taklimat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai kos sebenar vaksin berkenaan dengan syarat PAC boleh menerima syarat kerahsiaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI