fbpx

Sebarang penambahan kos haji akan dimaklumkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli

PETALING JAYA- Sebarang penambahan kos bagi bakal jemaah haji akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya menjangkakan penambahan caj dan syarat dikenakan Kerajaan Arab Saudi ke atas bakal jemaah haji susulan langkah penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Unjuran kos itu tak dapat ditentukan kerana belum ada simulasi pergi balik haji termasuk kos penerbangan sebagainya, dalam masa terdekat kita akan kira kos-kos keseluruhan dan diperincikan oleh Tabung Haji (TH).

“Kita hanya menjangka (pertambahan) dahulu…saya sendiri akan pergi ke Arab Saudi untuk berbincang dengan menteri haji dan agamanya mengenai isu-isu berkaitan haji dan perincian keputusannya mungkin penghujung Januari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-37 Musim Haji 1442H disertai lebih 500 Pengendali Kursus Ibadat Haji secara dalam talian di sini hari ini.

Beliau berkata buat masa ini, orang ramai digalakkan menambah simpanan dalam TH namun, sebarang makluman pertambahan kos tidak akan dibuat secara mengejut dan berkata sebarang keputusan mengenainya akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI