fbpx

[VIDEO] Toyota Avanza pula dihanyut banjir di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menunda sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Avanza yang dihanyutkan banjir di Peringkat 4, Bandar Cheneh Baru dekat Kemaman hari ini.

KEMAMAN -Tiga sekeluarga yang pulang bercuti ke kampung cemas selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Avanza yang mereka naiki mereka terbabas ke bahu jalan yang ditenggelami banjir di Peringkat 4, Bandar Cheneh Baru hari ini

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, pemandu berusia 34 tahun bersama isteri dan anaknya berusia enam tahun tersebut dikatakan dalam perjalanan untuk membeli sarapan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Cheneh Baru, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, sewaktu kejadian, kenderaan tersebut sedang menuruni laluan berbukit sebelum terbabas ke bahu jalan ketika melalui kawasan berselekoh yang telah dilimpahi banjir.

“Mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan itu sempat menghubungi ahli keluarga mereka untuk meminta bantuan.

“Mereka kemudiannya memecahkan salah satu cermin kenderaan tersebut untuk keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohamad Hanif berkata, pemandu kenderaan tersebut yang berasal dari Perak didapati tidak biasa dengan laluan itu, malah papan tanda amaran banjir yang diletakkan di kawasan kejadian dipercayai telah dialihkan pengguna lain.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa selamat , namun Toyota Avanza yang mereka naiki tenggelam sepenuhnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI