fbpx

Vaksin wajib diberi kepada frontliners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan berbentuk makanan keperluan kepada salah seorang penerima pada Majlis Is’ad Al Usrah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Tanjung Dahan, Kuala Linggi, di sini, hari ini.

ALOR GAJAH – Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) yang dianggotai oleh mufti-mufti negara memutuskan agar vaksin wajib diberikan kepada petugas barisan hadapan (frontliners).

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi keutamaan kepada mereka yang berisiko tinggi dijangkiti bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Kita (MKI) putuskan yang wajib diberikan (vaksin) kepada frontliners dan mereka berisiko tinggi serta golongan terjangkiti dengan Covid-19.

“Kedua, kita putuskan adalah harus dan digalakkan kepada mereka yang secara sukarela untuk mengambil sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Is’ad Al Usrah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Tanjung Dahan, Kuala Linggi.

Majlis itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pada program tersebut seramai 37 nelayan menerima bantuan barangan keperluan harian dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000.

Sementara itu, Zulkifli berkata, pihaknya akan membuat kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi memperkukuhkan advokasi tentang pentingnya untuk mengambil imunisasi itu.

“InsyaAllah mungkin kita akan buat satu kenyataan rasmi buat masa ini mengenai sedikit maklumat tentang proses-proses yang telah dibahaskan oleh para ulama,” katanya.

Tambahnya, segala perbincangan mengenai isu imunasisi itu telah selesai dan keputusan MKI ini telah dipersembahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja minggu lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI