fbpx

Kehilangan besar pada seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazley.

KUALA LUMPUR – “Pemergian arwah nenda bukan sahaja kehilangan pada keluarga isteri tetapi juga kehilangan pada seluruh negara.”

Demikian kata-kata daripada selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang juga suami kepada cucu arwah Tun Rahah Mohamed Noah.

“Kali terakhir kami bersua agak lama, di awal perkahwinan kami.

“Isteri saya sempat cium tangan arwah dan arwah meletakkan tangan di dahi isteri sebagai tanda kasihnya seorang nenek kepada cucunya,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Masjid Ar Rahah di sini pagi tadi.

Beliau hadir bersama isterinya memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Rahah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI