fbpx

Polis arah pemandu ‘kereta Krismas’ berhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA sport yang dihiasi lampu Krismas ditahan di Wisconsin, Amerika Syarikat. - Facebook/Wisconsin State Petrol

MADISON, Wisconsin  – Seorang pemandu di  negeri Wisconsin, Amerika Syarikat  diarah memberhentikan kenderaannya kerana memandu kereta  dihiasi lampu Krismas berwarna-warni, menurut laporan polis minggu ini.

Polis berkata, pihaknya memuji  kreativiti pemandu kereta itu tetapi memberi amaran, memandu kenderaan yang dihiasi lampu seperti kereta berhias adalah melanggar undang-undang.

Menurut laporan Metro News UK,  polis Wisconsin memuat naik gambar kereta sport yang dilitupi sejumlah mentol berwarna-warni itu di laman Facebook mereka.

Salah seorang pengguna meninggalkan komen yang memberitahu bahawa dia ialah bapa pemandu tersebut.

“Ya ini anak saya. Sebagai pesara polis, saya sudah memberi amaran kepadanya mengenai penggunaan lampu ini. Tetapi kita semua tahu  bagaimana perangai anak-anak (degil), ”tulis Larry Kamholz.

“Bagaimanapun, anak saya memberitahu bahawa anggota polis tersebut  benar-benar baik dan hanya memberi amaran, malah masih sempat mentertawakannya tanpa memberikan  saman. Tuan, siapa pun anda, terima kasih! ” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI