fbpx

Datuk Bandar Paris gelak kena saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Pihak berkuasa kota raya Perancis disaman kerana menggaji terlalu ramai wanita untuk jawatan kanan manakala Datuk Bandarnya, Anne Hidalgo menganggap keputusan tersebut sebagai ‘mengarut’.

Saman berjumlah €90,000 (RM444,517 ) itu dikenakan oleh Kementerian Perkhidmatan Awam Perancis berdasarkan keputusan bahawa dewan bandar raya Perancis melanggar undang-undang kesetaraan gender berhubung penggajian kakitangan pada tahun 2018.

“Saya gembira mengumumkan bahawa kami telah didenda,” kata Hidalgo dalam satu mesyuarat dewan bandar raya itu dan menambah, beliau diselubungi perasaan gembira apabila diberitahu tentang penalti itu.

Hidalgo berkata, beliau bersalah kerana 11 wanita dan hanya lima lelaki dinamakan untuk jawatan pengurusan dalam tahun 2018 sekali gus bermakna 68 peratus jawatan kanan itu telah diisi oleh wanita.

“Pengurusan dewan bandar raya tiba-tiba menjadi terlalu feminis,” kata Hidalgo sambil tertawa. Beliau dipilih semula untuk penggal baharu sebagai Datuk Bandar Paris pada tahun lalu.

Menurut akhbar Le Monde, dewan bandar raya itu melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan sejak tahun 2013. Peraturan itu menyebut bahawa jawatan pengurusan tidak boleh merangkumi lebih 60 peratus daripada mana-mana gender. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI