fbpx

Remaja maut lemas di kawasan air terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemui tersepit di celah batu dengan kedalaman tiga meter itu dinaikkan ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

LARUT – Mayat seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir dari atas batu ketika mandi di kawasan air terjun Kampung Air Hitam di sini semalam berjaya ditemui dan dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat pagi tadi.

Mayat mangsa, Mohd. Izwan Shah Fazli, 18, berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat pada pukul 7.25 pagi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 5.30 petang semalam, mangsa, Mohd. Izwan Shah Fazli, 18, dipercayai lemas ketika mandi di kawasan tersebut bersama empat rakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau, Mohamad Hisham Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian lemas tersebut pada pukul 5.58 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa agak sukar memandangkan aliran air yang deras akibat hujan.

“Mayat mangsa akhirnya ditemui tersepit di celahan batu dengan kedalaman tiga meter pada pukul 7.25 pagi sebelum dinaikkan ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.24 pagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI