fbpx
FESYEN yang digayakan Aina Abdul (kiri) dan Wany Hasrita dikritik netizen selain ada yang menjadikan gambar mereka sebagai bahan jenaka.

“Pakai lampin ke tu?” – Penampilan Wany Hasrita dan Aina Abdul dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Busana yang digayakan oleh penyanyi Aina Abdul dan Wany Hasrita pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) malam tadi menjadi bahan usikan dan kecaman netizen sehingga trending dalam Twitter.

Semalam, Wany Hasrita menggayakan gaun berwarna merah jambu oleh pereka fesyen Behati dengan gaya tudung ‘aneh’ seakan-akan pakaian mandi Muslimah iaitu burkini.

Malah, ada komen-komen nakal turut menyamakan gaya tudung tersebut tidak ubah seperti lampin.

Usikan oleh netizen juga turut mengatakan bahawa padanan gaun merah jambu dengan tudung berwarna putih yang digayakan oleh penyanyi berusia 27 tahun itu tidak ubah seperti kuih apam dan putik kapas.

“Sakit hati, sakit mata tengok fesyen Wany,” ujar seorang pengguna Twitter.

“Wany Hasrita pakai lampin ke atas kepala,” usik seorang lagi pengguna laman sosial tersebut.

Sementara itu, penyanyi Aina Abdul juga tidak terlepas daripada dikecam dan dikritik netizen dengan mengatakan bahawa busana dan imej yang dibawanya semasa menyanyikan lagu Semalam tidak ubah seperti seorang biarawati (nun).

Lebih ‘pedas’ apabila ada dalam kalangan netizen menyamakan imej penyanyi itu sama seperti watak Valak dalam filem seram, The Conjuring.

“Inspirasi watak The Nun ke?” ujar seorang netizen.

Walaupun penampilan kedua-dua penyanyi itu dikecam, lagu dendangan mereka masing-masing Semalam dan Belenggu Rindu (Wany duet bersama Datuk Jamal Abdillah) layak untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang dijadualkan bakal berlangsung pada Februari 2021. – K!ONLINE

POPULAR