fbpx

Cekik bini sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DI perkampungan dekat Pos Brooke, Gua Musang inilah seorang lelaki Orang Asli mencekik isterinya sampai mati pada Ahad lalu

KOTA BHARU – Seorang lelaki Orang Asli suku kaum Temiar bertindak di luar batasan apabila mencekik isterinya sampai mati hanya kerana mempercayai fitnah pasangannya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Kampung Liak, Pos Brooke di Gua Musang pada Ahad lalu.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa, Huda Sudin, 38, yang merupakan ibu kepada lima anak meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Datuk Shafien Mamat berkata, selepas kejadian itu, suspek yang berusia 45 tahun cuba menamatkan riwayat hidupnya dengan meminum racun rumput.

Lelaki itu bagaimanapun sempat diselamatkan dan dirawat di Hospital Gua Musang.

“Siasatan awal mendapati suspek mengesyaki isterinya me­lakukan hubungan seks beberapa kali dengan seorang lelaki yang tinggal di kawasan tersebut.

“Pasangan itu bergaduh dan semasa bergelut suspek dipercayai mencekik leher isterinya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.

Menurut Shafien, semasa kejadian itu, mangsa dipercayai meronta-ronta sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Suspek yang panik keluar dari rumah tersebut dengan memandu kereta dipercayai untuk membeli minuman keras.

Sebaik pulang ke rumahnya, lelaki itu dipercayai meminum minuman keras sehingga mabuk sebelum meminum racun untuk membunuh diri.

“Lelaki itu dibawa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan selepas ditemui penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan dir,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI