fbpx

Wanita serah dadah kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis heroin yang ditemui dalam beg pinggang semasa pemeriksaan di Jalan Permatang Pauh, Butterworth malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang wanita berusia 33 tahun disyaki pengedar dadah ditahan polis ketika pemeriksaan di tepi Jalan Permatang Pauh, Butterworth di sini selepas dia didapati membawa sejumlah dadah malam tadi.

Pemeriksaan kira-kira pukul 11.30 malam oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) itu menemui dadah bernilai RM6,055.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, anggota berkenaan telah menahan suspek selepas dia dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek sendiri telah menyerahkan beg pinggang yang dipakainya kepada polis.

“Pemeriksaan menemui tiga paket dadah jenis heroin seberat 121.1 gram yang dianggarkan bernilai RM6,055 di dalam beg itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Noorzainy, hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek yang memiliki enam rekod lampau itu positif dadah jenis morfin dan methamphetamine.

Beliau berkata, berdasarkan anggaran, dadah berkenaan boleh dibekalkan kepada 220 penagih dadah.

Menurutnya, suspek ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI