fbpx

Lelaki maut mesin ‘steamer’ meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LETUPAN gas pada mesin steamer menyebabkan nyawa pekerja penyelenggaraan melayang di sebuah pasaraya di Ulu Tiram hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas berlaku letupan gas pada mesin pengukus (steamer) ketika dia sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di kawasan parkir sebuah pasaraya di Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram, hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.35 pagi itu, mangsa, Ong Kim Hin, 52, meninggal dunia di tempat kejadian akibat letupan tersebut.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan (PBK) Il Kilok Anak Lampas, seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Tebrau dan Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus panggilan diterima.

Katanya, turut dikejarkan ke lokasi ialah dua buah jentera Fire Rescue Team (FRT), sebuah jentera LFRT, sebuah jentera tangki air dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar berlaku letupan gas pada mesin steamer semasa kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

“Mangsa iaitu pekerja yang menjalankan kerja penyelenggaraan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi ditamatkan pada pukul 12.24 tengah hari.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI