fbpx

Kangana diselar hipokrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANGANA RANAUT

PERTEMUAN tanpa dirancang oleh aktres, Kangana Ranaut dengan pelakon Sanjay Dutt telah menarik perhatian pengguna laman sosial sehingga ada yang menggelarnya sebagai hipokrit.

Gelaran tersebut tercetus selepas peminatnya mempersoalkan keterujaan aktres berusia 33 tahun itu bertemu dengan Sanjay yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Semua sedia maklum bahawa Kangana merupakan selebriti yang lantang bersuara memerangi isu penagihan dadah dalam industri Bollywood termasuk isu berat lain.

Bagaimanapun, sehingga kini Kangana masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk membidas kecaman hebat yang dilemparkan pengguna laman sosial kepadanya.

Terdahulu, pelakon yang pernah membintangi filem Queen itu telah meluahkan rasa teruja apabila berpeluang bertemu dengan Sanjay semasa dia menjalani penggambaran sebuah filem di Hyderabad, India.

Sejurus mendapat tahu aktor tersebut menginap di hotel yang sama dengannya, Kangana telah bertemu Sanjay untuk melihat sendiri keadaan pelakon tersebut selepas disahkan bebas sepenuhnya daripada kanser sejak Oktober tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI