fbpx

Ahli Parlimen dikuarantin dapat kebenaran bertulis KP Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Azizan.

PETALING JAYA – Tiga Ahli Parlimen yang sedang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) hadir ke Dewan Rakyat semalam selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, kebenaran bertulis itu diberikan kepada ketiga-tiga Ahli Parlimen selepas mereka menulis surat permohonan kepada Noor Hisham untuk berbuat demikian.

“Yang berhormat Tenggara, Tapah dan Batu yang dikenakan HSO telah menulis surat permohonan kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk hadir sidang Dewan Rakyat.

“Ketua Pengarah Kesihatan melalui surat kepada ketiga-tiga mereka bertarikh 14 Disember 2020 meluluskan permohonan yang berhormat terbabit untuk pelepasan masa menghadiri pengundian di Dewan Rakyat dari 14 hingga 17 Disember dengan syarat-syarat ditetapkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) berhubung keputusan Dewan Rakyat membenarkan tiga Ahli Parlimen yang sedang menjalani perintah HSO hadir ke Dewan Rakyat semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI