fbpx

Isu berkaitan Covid-19 antara inti pati utama Belanjawan 2021 Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

IPOH – Belanjawan 2021 kerajaan negeri Perak akan lebih banyak membahaskan mengenai permasalahan akibat pandemik Covid-19 yang turut menjejaskan rakyat di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, Belanjawan 2021 dijadualkan akan dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu ini.

“Pagi ini kita membincang dan memperhalusi sekali lagi cadangan Belanjawan 2021 kerajaan negeri dalam mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Exco).

“Setelah dipersetujui dan diluluskan di peringkat mesyuarat exco ini, maka kita akan maklumkan kepada Speaker DUN bagi membolehkan Belanjawan 2021 dibentangkan di sidang DUN,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Tambah Saarani, pihaknya telah meneliti inti pati utama belanjawan atau bajet tersebut dan antara yang akan diberi perhatian adalah mengenai isu berkaitan Covid-19 yang menjejaskan banyak pihak.

“Sudah tentu bajet kali ini akan membahaskan mengenai isu berkaitan Covid-19 selain membangunkan semula ekonomi ekonomi kerajaan negeri.

“Kita juga akan melihat golongan yang terjejas terutamanya peniaga-peniaga dan usahawan untuk membantu mereka bangkit semula,” katanya.

Katanya lagi, Belanjawan 2021 kerajaan negeri Perak juga akan dibentang dan digulung oleh beliau sendiri memandangkan sekarang ini hanya lima Exco yang dilantik.

“Ia bukan perkara yang luar biasa dan pernah berlaku pada zaman pemerintahan di bawah Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Tajol Rosli,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI