fbpx

IPD Belaga hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan IPD Belaga yang terbakar tengah hari tadi.

KAPIT – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga di sini telah dilaporkan terbakar sekitar pukul 1.19 petang tadi (14 Dis).

Menurut jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, sejurus menerima panggilan kecemasan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Perjalanan ke lokasi mengambil masa empat jam dengan menggunakan kenderaan pacuan beroda.

“Untuk tindakan awal, kami telah menghubungi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Belaga untuk respon awal kebakaran tersebut,” katanya dalam laporan awal kes sebentar tadi.

Difahamkan sebahagian besar ibu pejabat tersebut diperbuat daripada kayu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI