fbpx

Covid-19 angkara Illuminati? KJ tak tahu nak jawab apa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin terbuka mati akal apabila menerima beberapa soalan cepu emas mengenai Covid-19 dan vaksin.

Dalam satu ciapan, beliau memaklumkan menerima banyak pertanyaan berkenaan vaksin Covid-19 di Dewan Rakyat mahupun melalui media sosial, namun, satu set soalan yang diterima hari ini membuatkan beliau terpaku.

Beliau berkongsikan paparan tangkap layar emel yang diterima daripada ‘penyelidik bebas’ mengenai vaksin Covid-19.

Emel itu memaparkan beberapa soalan antaranya sama ada kerajaan sedar Covid-19 merupakan sesuatu yang dirancang golongsn Freemason dan Illuminati bagi menguasai dunia melalui New World Order.

“Hari ini saya menerima emel memohon untuk diadakan kunjungan hormat.

“Saya terbuka untuk berjumpa siapa-siapa, tetapi tidak tahu macam mana hendak menjawab soalan,” katanya dalam ciapan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI