fbpx

City ‘hilang sengat’ penyerang berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY gagal menembusi benteng United susulan ketiadaan penyerang berbisa City, Aguero yang terpaksa disisihkan kerana belum pulih sepenuhnya.

LONDON – Pep Guardiola mendedahkan bahawa Sergio Aguero sebagai penyerang terbaik dalam sejarah Manchester City dan ketiadaan penyerang penyerang Argentina tersebut yang mengalami kecederaan lutut telah menyebabkan skuad The Citizens kehilangan bahagian serangan yang ampuh ketika menentang Manchester United di Old Trafford awal pagi semalam.

Aguero tidak diturunkan sejak musim lalu setelah mengalami kecederaan ketika meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Burnley pada 22 Jun dan dia hanya membuat lima penampilan musim ini.

Bagaimanapun, penyerang Argentina kembali pulih dan mendapat rentak semula selepas menjaringkan satu gol buat The Citizens ketika menewaskan Marseille 3-0 baru-baru ini.

Pada aksi menentang United semalam, Augero tidak diturunkan selepas Guardiola bimbang anak buahnya itu masih belum pulih sepenuhnya dan perlu masa untuk bermain dalam tempoh 90 minit perlawanan.

“Sudah pasti kami merindui kemunculan semula Aguero bukan sahaja hari ini tetapi enam bulan yang lalu. Dia me­ngalami kecederaan, namun keadaannya semakin baik.

“Aguero mengalami masalah di perut dan tidak dapat diturunkan ketika berdepan Uni­ted. Aguero merupakan penye­rang terbaik dalam sejarah Manchester City.

“Saya yakin Aguero akan kembali bersama kami dan menjadi pemain terbaik se­mula di bahagian serangan. Dia perlukan masa dan saya harap dia mampu mendapatkan semangatnya kembali di atas padang,” kata Guardiola.

Dalam pada itu, meskipun sekadar seri 0-0 ketika berdepan United, namun Guardiola berpuas hati apabila mereka mampu mengutip satu berharga.

“Impian saya adalah untuk meraih kemenangan di Old Trafford, namun pemain Uni­ted sangat laju di sini. Meskipun saya lihat ada peluang terbaik, namun ia sedikit sukar untuk menembusi benteng pertahanan mereka. Saya gembira kerana mampu membawa pulang satu mata berharga,” tambah Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI