fbpx

Pemandu wanita rempuh peserta protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu wanita ini ditahan anggota polis selepas satu kejadian rempuhan peserta protes di Bandar Raya New York kelmarin. – AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah kereta merempuh sekurang-kurangnya enam individu yang menyertai satu protes di Bandar Raya New York kelmarin, kata polis dan sekumpulan saksi.

Seorang jurucakap Jabatan Polis New York memberitahu agensi berita AFP bahawa kenderaan itu melanggar beberapa orang di kawasan Murray Hill, Manhattan kira-kira 4.08 petang.

“Terdapat sejumlah individu yang cedera. Mereka sudah dibawa ke beberapa hospital. Setakat ini, kecederaan yang di­alami tidak memudaratkan nyawa mereka,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pemandu kereta itu ialah seorang wanita kekal berada di lokasi rempuhan dan kini ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada rempuhan itu disengajakan atau sekadar satu kemalangan trafik.

Buat masa ini, polis belum menyatakan sama ada pemandu itu akan didakwa berhubung kejadian tersebut.

Beberapa saksi mendakwa ada sekurang-kurangnya enam individu cedera dirempuh.

Mereka sedang mengadakan bantahan berhubung penahanan imigran oleh ejen Penguat Kuasa Kastam dan Imigresen. Semasa kejadian, peserta rali sedang berarak memberi sokongan kepada sekumpulan tahanan.

Stesen penyiaran ABC News menyatakan terdapat antara 40 dan 50 peserta protes di kawasan itu semasa kemalangan berlaku.

Menurut laporan kumpulan peserta protes berkeliaran di atas jalan dan mengepung sebuah kereta.

Kereta itu kemudiannya me­rempuh mereka, menyebabkan enam orang cedera, menurut ABC News. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI