fbpx

Peluang Lewandowski cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI bergambar kenangan bersama trofi Liga Juara-Juara dimenanginya bersama Bayern pada saingan musim lalu. – AFP

LONDON – Penyerang prolifik Bayern Munich, Robert Lewandowski tersenarai sebagai tiga finalis bersama kapten Barcelona, Lionel Messi dan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo untuk merangkul Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan FIFA.

Ramai berpendapat Lewandowski layak dinobatkan sebagai pemenang berbanding Messi dan Ronaldo berdasarkan rekodnya menjaringkan 15 gol dan mencipta enam umpanan jaringan buat Bayern menjuarai Liga Juara-Juara pada Ogos lalu.

Walaupun Messi menang tahun lalu tetapi ramai tidak bersetuju bintang Argentina itu sekali lagi tersenarai disebabkan kegagalannya membantu Barcelona menjuarai La Liga, selain diaibkan Bayern 2-8 pada suku akhir Liga Juara-Juara.

Para pemerhati bola sepak berasakan nama Messi sepatutnya digantikan dengan penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Neymar yang berjaya mengemudi PSG mara ke pentas final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab musim lalu.

Kejutan lain dalam senarai Anugerah Terbaik FIFA kali ini adalah penyenaraian nama Marcelo Bielsa bersama pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dan Hansi Flick dari Bayern untuk kategori Jurulatih Lelaki Terbaik 2020.

Pemenang akan diumumkan pada 17 Disember ini dengan bintang Chelsea, Pernille Harder, pertahanan Manchester City, Lucy Bronze dan bek tengah Lyon, Wendie Renard berpeluang merebut gelaran sebagai pemain wanita terbaik.

Jumlah akan dikira sama rata antara undian dalam talian, kira-kira 200 wartawan, jurulatih skuad kebangsaan dan kapten setiap pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI