fbpx

Kerani rugi lebih setengah juta terjerat Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang kerani sebuah syarikat swasta di Tampin terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM693,900.00 apabila terjerat Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd. Ghani berkata, mangsa iaitu wanita berusia 59 tahun mulai dihubungi oleh ahli sindiket pada penghujung Oktober lalu sehinggalah semalam.

Menurutnya, pada 27 Oktober lalu kira-kira pukul 9.30 pagi, mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali yang kemudiannya membaca nama dan nombor kad pengenalannya dengan betul.

“Seperti biasa dalam kes Macau Scam ini, mangsa diberitahu terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan ahli sindiket akan menakutkan mangsa dengan menyatakan akan mengeluarkan waran tangkap ke atas diri mangsa.

“Mangsa yang ketakutan telah disambungkan taliannya kepada Sarjan Tan dan Asisten Superintendan Yong.

“Semasa perbualan mereka telah menakutkan mangsa dan meminta mangsa membacakan username dan kata laluan akaun Public Bank mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Aibee berkata, username dan kata laluan itu akan digunakan oleh ahli sindiket untuk mengeluarkan kesemua wang mangsa di dalam akaun iaitu sebanyak RM363,900.

Menurutnya, ahli sindiket juga meminta mangsa membayar duit jaminan sebanyak RM 260,000.00 dan ‘legal fee’ sebanyak RM70,000.00.

“Mangsa telah memasukkan duit jaminan dan legal fee yang diminta itu ke dalam akaun Public Banknya untuk dikeluarkan ahli sindiket.

“Ahli sindiket juga memberitahu mangsa untuk hadir ke Mahkamah Majistret Tampin pada 12 Disember untuk bicara kes berkenaan.

Menurutnya, selepas dihubungi ahli sindiket, mangsa telah menerima transaksi pengeluaran duit dari akaun Public Bank mangsa kepada beberapa akaun yang tidak diketahui dan dimaklumkan pindahan wang tersebut bagi tujuan audit dan akan dikembalikan semula.

“Semalam, mangsa menerima panggilan daripada individu dengan nama Deputi Superintendan Chew yang meminta menambah wang jaminan RM135,000 namun mangsa tidak membuat bayaran tersebut kerana tidak mempunyai wang lagi.

“Mangsa yang merasa telah diperdaya dan mengalami kerugian lebih setengah juta telah membuat laporan polis di Balai Polis Tampin.

Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kita harap agar orang ramai akan lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya sekiranya menerima panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai polis.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI