fbpx

Insentif buat petani, penternak dan nelayan selepas musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hamzah (dua dari kanan) menunjukan ikan di dalam Program Lawatan Kerja Projek-Projek Fama di Pasar Tani Kekal , Permas Jaya, Johor Bahru di sini hari ini. - Foto BAAZLAN IBRAHIM.

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan mengenal pasti jumlah petani, penternak serta nelayan seluruh negara yang terjejas akibat banjir termasuk kerugian yang dialami mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, insentif akan diberikan selepas siasatan dijalankan pihaknya sejurus tamat musim tengkujuh.

“Golongan petani, penternak dan nelayan digesa membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya terdapat kerosakan berlaku. Antara negeri terjejas ialah Johor, Melaka serta negeri pantai timur.

“Pegawai kita akan datang siasat serta membuat bancian setakat mana kerosakan manakala bantuan diberi bukan sahaja kewangan tetapi juga barangan mengikut nilai kerugian masing-masing.

“Ini kerana jumlah kerosakan tidak sama iaitu berdasarkan keluasan kawasan pertanian atau penternakan. Kita akan perincikan bantuan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pasar Segar Terkawal (PST) Permas Jaya, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ghazale Muhamad dan Pengarah FAMA Johor, Shahrizan Sudiman.

Ahmad turut berkata, langkah pemberian insentif perlu memandangkan mereka merupakan penyumbang utama dalam rantaian bekalan makanan negara.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, pihaknya menyasarkan agar seramai 8,000 usahawan di bawah bimbingan FAMA termasuk peniaga di kesemua 48 PST akan memasarkan produk mereka secara atas talian menerusi portal Agrobazaar Online.

“Sejak 2018 sehingga kini, lebih 4,000 usahawan sudah berdaftar dengan portal berkenaan dan trend terbaharu itu amat memberangsangkan,” tambahnya lagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI