fbpx

The Red Devils sedia bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (tengah) menggesa rakan-rakannya menampilkan prestasi lebih berkualiti jika mahu menumbangkan City awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Barisan pemain Manchester United sudah dapat melupakan kekecewaan tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara apabila bangkit memberi fokus terhadap pertemuan menentang musuh tradisi, Manchester City.

Marcus Rashford muncul pemain pertama United yang tampil bersuara menjelang aksi menentang City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford awal pagi esok.

Penyerang antarabangsa England berusia 23 tahun itu seolah-olah mahu melepaskan geram ke atas seteru setempat itu dengan persembahan bertenaga dalam usaha menebus semula maruah The Red Devils.

Terbaharu, Bruno Fernandes pula mengeluarkan kenyataan dengan mengakui, mereka perlu beraksi jauh lebih bagus.

Jika tidak, Fernandes percaya nasib sama akan berulang se­perti tewas 2-3 kepada Red Bull Leipzig pada aksi terakhir Kumpulan H Liga Juara-Juara pada Rabu lalu.

“Kami bermain tidak cukup bagus. Kami sepatutnya memberikan prestasi lebih baik apabila mewakili pasukan hebat seperti United terutama apabilaberaksi dalam saingan Liga Juara-Juara,” katanya.

Berdasarkan prestasi semasa, tugas United dilihat lebih sukar kerana City ketika ini berada pada tahap terbaik.

Ia berdasarkan kemenangan 3-0 City ke atas Marseille sekali gus layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan C.

Bagaimanapun, lima rekod pertemuan terakhir antara Uni­ted dan City lebih memihak kepada skuad kendalian Solskjaer itu dengan tiga kemenangan sejak April tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI