fbpx

Menteri Albania letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis antirusuhan mara untuk mengusir kumpulan penunjuk perasaan semasa pertempuran ganas di hadapan bangunan Kementerian Dalam Negeri Albania di Tirana kelmarin. – AFP

TIRANA, Albania – Menteri Dalam Negeri Albania, Sander Lleshaj meletak jawatan susulan kes seorang lelaki muda ditembak mati oleh polis, menurut pengumuman perdana menteri negara itu kelmarin.

Sejak dua hari lalu, peserta protes menyertai rali dengan melempar batu dan mercun ke arah polis sebagai mendesak Menteri Dalam Negeri Albania untuk meletak jawatan berhubung kes tembakan seorang lelaki berumur 25 tahun, Klodian Rasha.

“Sander Lleshaj menyerahkan surat peletakan jawatan dan saya menerimanya,” kata Perdana Menteri Edi Rama menerusi satu siaran televisyen.

Pengumuman itu dibuat semasa pasukan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk mengusir peserta bantahan yang berhimpun di luar bangunan Kementerian Dalam Negeri.

Semasa peserta rali diusir dari kawasan premis itu, satu kumpulan penunjuk perasaan kembali ke jalan-jalan raya dan bertempur dengan pasukan polis.

Mangsa itu terbunuh kerana melanggar perintah berkurung pukul 10 malam semasa pihak berkuasa berusaha mengawal penularan jangkitan koronavirus.

Ahli keluarga mangsa mendakwa lelaki itu keluar sekitar tengah malam untuk membeli rokok.

“Dia dibunuh polis tetapi apa yang terjadi itu bukannya dalam semangat polis,” kata Rama

Beliau menambah bahawa ‘tidak memberi justifikasi kepada demonstrasi ganas’.

Menurut Kementerian Kesihatan, lapan anggota polis cedera dalam demonstrasi.

Dua peserta rali pula dirujuk ke wad kecemasan di hospital di Tirana semasa pertempuran sehari sebelumnya.

“Keadilan akan ditegakkan,” kata perdana menteri sebagai memberi jaminan berhubung ‘episod kematian yang tidak boleh dimaafkan’.

Anggota polis yang dimasukkan itu disyaki bertindak melepaskan tembakan dalam satu ‘keadaan tidak munasabah dan tidak dapat diterangkan.’

Kementerian Dalam Negeri sudah memulakan satu siasatan untuk menentukan punca kejadian sebenar manakala suspek anggota polis yang terlibat dalam kes itu sudah ditahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI