fbpx

Kakitangan Kada maut, motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Norihan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kampung Guntong, Peringat kelmarin.

KOTA BHARU – Seorang kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kampung Guntong, Peringat di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa, Mohamed Norihan Mohamed Ariffin, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha RD250 sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu ke Pasir Puteh untuk pulang ke rumahnya di Kampung China dekat Bachok.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum motosikalnya merempuh penghadang besi di bahu kiri jalan.

“Rempuhan itu mengakibatkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berpunca daripada mangsa yang hilang kawalan sehingga menyebabkan dia gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas sendiri.

Menurut, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI