fbpx

Celine sinar permata Bayern Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CELINE (barisan belakang, tiga dari kanan) sudah beraksi bersama skuad wanita kedua B-17 Bayern Munich sejak Julai lepas.

PEMAIN skuad wanita bawah 15 (B-15) kebangsaan, Celine Chuang mencipta sejarah apabila muncul pemain wanita pertama negara mewakili kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.

Celine yang berusia 15 tahun beraksi untuk skuad wanita ke­dua B-17 Bayern Munich sejak Julai lepas dan tidak menjadikan jantinanya sebagai batu penghalang bersaing secara kompetitif.

Kata Celine, minat terhadap sukan bola sepak bermula selepas menyaksikan aksi kakak serta abangnya di atas padang sekali gus membangkitkan ke­ghairahannya untuk terus menjadi pemain yang lebih baik.

Berbekalkan keinginan tinggi untuk meningkatkan lagi prestasinya, Celine membuat keputusan berhijrah ke negara jiran bagi menjalani latihan bersama Sekolah Antarabangsa British Phuket (BISP) Cruzeiro di Phuket, Thailand selama dua tahun.

“Saya memulakan latihan secara serius dalam bola sepak le­bih kurang empat tahun lalu ketika berusia 11 tahun ketika bersama Persatuan Sukan Bintang Biru, Pulau Pinang.

“Ketika mengikuti latihan di Malaysia, saya banyak mempelajari tentang asas bola sepak. Namun, di Thailand pula, latihannya lebih sengit dan mendalam kerana saya berlatih sepanjang minggu di bawah metodologi Cruzeiro,” katanya dalam satu kenyataan.

CELINE merupakan pemain wanita B-15 kebangsaan.

Perjalanan karier Celine berada di landasan tepat selepas keluarganya membuat keputusan untuk berhijrah ke Jerman selain mengambil keputusan berani menghadiri sesi pemilihan bersama kelab Bavaria pada Februari lalu.

“Segala usaha saya selama ini ternyata berbaloi apabila saya diumumkan antara 10 pemain baharu yang terpilih untuk menyertai skuad wanita kedua B-17 Bayern Munich.

“Walaupun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran, komuniti di sini sangat ramah dan mengalu-alukan kedatangan kami di sini (Jerman). Saya telah berupaya untuk menyesuaikan diri selepas menetap di sini sejak Jun lalu.

“Bagaimanapun, kami kini hanya menjalani latihan secara online selepas pertandingan dan liga di sini telah dibatal serta ditangguhkan kerana pandemik Covid-19,” kata Celine.

Celine sebelum ini telah me­ngutip gol antarabangsanya yang pertama bersama skuad B-15 wanita Harimau Malaya pada aksi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Wanita B-15 2019 selepas menewaskan Cambodia 2-1 di Chonburi, Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI