fbpx

Mahu cepat, tidak perasan alasan langgar lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian motosikal yang diperiksa dalam Ops Motosikal di sekitar Pekan Langkap di Teluk Intan semalam. - Foto ihsan PDRM

TELUK INTAN – Mahu cepat dan tidak perasan lampu merah merupakan antara alasan yang dicipta pengguna jalan raya yang ditahan dalam Ops Lampu Merah di Kilometer 3, Jalan Teluk Intan-Kampung Gajah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, operasi pada pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari itu melibatkan lokasi yang dikenal pasti pengguna jalan raya selalu mengabaikan undang-undang lalu lintas termasuk melanggar lampu isyarat.

Katanya, sebanyak 34 saman dikeluarkan dengan melanggar lampu isyarat merah merekodkan jumlah kesalahan tertinggi.

“Dalam operasi itu juga, sebuah motosikal disita atas kesalahan mengubah suai kenderaan.

“Operasi ini lebih tertumpu kepada kenderaan-kenderaan yang sering melanggar lampu isyarat merah dan ketidakpatuhan mereka ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kemalangan jalan raya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kamarudin, satu lagi operasi turut dijalankan di sekitar Pekan Langkap semalam yang mana sebanyak 31 saman dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya.

Katanya, dalam Ops Motosikal bermula pukul 3 hingga 7 petang itu, sebanyak 35 buah motosikal dan 40 individu diperiksa.

“Antara kesalahan yang dikenakan tindakan saman termasuk tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI