fbpx

Kakitangan HRDF positif Covid-19, Saravanan jalani kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

PETALING JAYA – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan sedang menjalani kuarantin di rumah selepas salah seorang kakitangan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dikesan positif Covid-19.

Menurut sumber, pelaksanaan kuarantin kendiri itu diambil sendiri oleh Saravanan sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga.

“Beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 semalam dan langkah kuarantin di rumah itu diambil sementara menunggu keputusan ujian calitan.

“Sehingga kini, beliau belum menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung berapa lama kuarantin kendiri itu perlu dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, HRDF dalam satu kenyataan memaklumkan kakitangan yang disahkan positif Covid-19 ketika ini akan mendapatkan rawatan dan dipantau oleh pegawai perubatan.

Susulan daripada itu juga, semua kakitangan HRDF turut menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-berjaga.

Difahamkan, ibu pejabat HFRD turut ditutup selama seminggu bermula hari ini bagi kerja-kerja sanitasi dan pembersihan sepenuhnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI