fbpx

Jabatan Perhutanan gagalkan cubaan curi hasil hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LORI muatan balak curi disita Jabatan Perhutanan dalam satu operasi Khamis lalu.

GERIK – Jabatan Perhutanan Perak berjaya menumpaskan cubaan membawa keluar hasil hutan secara haram bernilai RM10,000 melalui satu sekatan jalan raya dekat Pengkalan Hulu di sini Khamis lalu.

Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkaitan aktiviti pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran melalui penahanan lori yang disyaki membawa kayu hasil hutan tanpa dokumen dalam satu sekatan jalan raya oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu.

“Sehubungan dengan itu, satu pasukan Penguatkuasaan dari Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak telah menjalankan semakan mendapati dua lelaki membawa enam tual balak pelbagai spesies hutan secara haram dengan menggunakan sebuah lori.

“Kesemua muatan balak pelbagai spesies tersebut berserta lori telah disita untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihaknya kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu, manakala kedua-dua lelaki terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit disiasat di bawah Seksyen 68(1) dan Seksyen 84 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 yang boleh didenda maksimum RM50,000 dan dipenjara tidak melebihi lima tahun.

Pihaknya juga menasihatkan kepada mana-mana individu atau masyarakat awam bahawa sebarang aktiviti pengambilan hasil hutan secara haram dari HSK adalah satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI