fbpx

[VIDEO] Gempar kereta mengundur laju secara berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah kereta Proton Inspira mengundur secara berbahaya selepas dikejar sebuah kereta peronda polis di Jalan Air Putih, Chukai di Kemaman semalam.

KEMAMAN – Pengguna jalan raya gempar dengan aksi seorang penarik kereta yang mengundurkan kereta Proton Inspira secara berbahaya di Jalan Air Putih, Chukai di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, lelaki berusia 31 tahun itu berbuat demikian bagi mengelak daripada ditahan kereta peronda polis yang mengejarnya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, kereta peronda yang sedang melakukan rondaan telah terserempak dengan kereta Proton Inspira yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Mak Chili di sini.

“Sebaik anggota polis memperkenalkan diri, suspek yang berasal dari Beserah, Pahang enggan memberi kerjasama sebaliknya memecut laju kenderaannya.

“Sebaik berjaya dipintas di Jalan Air Putih berhampiran Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kemaman, pemandu kereta Proton Inspira terbabit nekad memandu secara mengundur sejauh kira-kira 50 meter sebelum berjaya diberkas,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, sewaktu memandu secara mengundur tersebut, kereta itu hampir merempuh sebuah motosikal peronda polis yang turut cuba mengejarnya.

“Dia juga bergelut dengan anggota polis yang mahu menahannya. Pemeriksaan urin kemudiannya mendapati suspek positif dadah jenis Metamfetamin.

“Suspek juga didapati mempunyai kes mengikut Seksyen 392 KK kerana samun bersendirian tanpa senjata,” katanya.

Hanyan berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 307 dan Seksyen 427 akta sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI