fbpx

Lebih 3,000 korban Covid-19 di AS dalam masa 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEJALAN kaki melintas meja-meja yang dilitupi kubah plastik sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 di luar sebuah restoran di Washington DC kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) merekodkan lebih 3,000 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam kelmarin, demikian menurut angka Universiti Johns Hopkins sekali gus tertinggi sejak April lepas.

Pihak berkuasa AS memberi amaran, peningkatan kematian akibat koronavirus akan berlaku selepas berjuta-juta penduduk melakukan perjalanan rentas negeris untuk bercuti sempena Hari Kesyukuran bulan lalu.

Penduduk negara itu tidak mengendahkan rayuan pihak berkuasa supaya duduk di rumah bagi memperlahankan jangkitan koronavirus.

Setakat pukul 8.30 malam (waktu tempatan) kelmarin, AS merekodkan 289,188 kematian koronavirus, meningkat 3,071 dalam tempoh 24 jam. Negara itu turut mencatatkan hampir 220,481 kes baharu.

California di mana 33 juta orang kembali menjalani perintah berkurung pada minggu ini, menyaksikan lebih 30,000 kes kelmarin iaitu angka tertinggi di negeri AS dalam tempoh 24 jam.

Bilangan pesakit Covid-19 di hospital-hospital di AS pula berterusan mencatat rekod baharu dengan mencecah 106,000 orang kelmarin.

Berdepan penularan koronavirus yang tidak terkawal, pihak berkuasa AS kini meletakkan harapan kepada vaksin bagi membendung wabak itu.

Pakar-pakar AS bermesyuarat semalam untuk meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech yang diramal mendapat kelulusan kecemasan dalam masa beberapa hari lagi.

Kira-kira 15 juta orang dijangkiti Covid-19 di AS sejak pandemik itu bermula hujung tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI