fbpx

Vince janji nak gegarkan GV8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vince memberi bayangan untuk beraksi dalam GV musim depan.

PETALING JAYA – Juara Akademi Fantasia musim pertama Vince memberi bayangan untuk beraksi pada pentas Gegar Vaganza (GV) musim hadapan.

Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong Ying Cern, 41, menerusi kemas kini Instagramnya berkata, dia akan menunaikan hasrat dan janji tersebut jika mendapat sokongan daripada peminat.

“Kalau gambar ini mendapat lebih 3,000 likes (tanda suka), saya akan join GV, kalau saya dijemput Astro.

“Menang atau tidak, saya akan gegarkan pentas untuk anda,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Tambah penyanyi yang popular menerusi single Janji dan Percayalah Sayang itu, dia akan melakukannya perkara tersebut demi menunaikan permintaan peminat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat termasuk rakan artis turut menyokong dan mahukan Vince beraksi pada pentas yang menyaksikan persaingan penyanyi-penyanyi berkaliber tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI