fbpx

Misi hidup mati Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL mendapat tonik terbaik sebelum berdepan Gladbach apabila berjaya mencatat kemenangan menentang Sevilla minggu lalu. – AFP

MADRID – Jurulatih Real ­Madrid, Zinedine Zidane me­ngakui kemenangan yang dicatat pada aksi La Liga menentang Sevilla memberikan suntikan moral untuk mereka berdepan Borussia Monchengladbach awal pagi esok.

Menentang Gladbach merupakan misi hidup mati buat Real yang perlu mendapatkan kemenangan bagi memastikan mereka mara ke saingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara.

Keputusan seri menyebabkan Real berdepan penyingkiran sekiranya Shakhtar Donetsk berjaya menewaskan Inter Milan dalam satu lagi aksi Kumpulan B.

“Ia adalah perlawanan yang penting buat kami. Kami perlu membina pasukan ini dan bermain dengan baik.

“Beberapa hari sebelum ini agak rumit, tetapi kami adalah sebuah pasukan yang masih mempunyai karakter.

“Kami sentiasa mahukan cabaran dan sa­ngat perlukan kemenangan ini.

“Semua perlawanan adalah sangat penting. Kami sedar bahawa kami berdepan beberapa kesukaran sebelum ini dan perlu memperbaiki sesetengah aspek dalam permainan.

“Apabila kami berjaya me­ngenal pasti masalah dan memperbaikinya, anda boleh saksikan bagaimana aksi yang kami mampu pamerkan seperti ketika menentang Sevilla sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zidane percaya pasukannya perlu memantapkan lagi aksi terutama di bahagian pertahanan untuk memastikan gawang mereka tidak mudah dibocori.

“Kadang-kadang apabila bola tidak berada di kaki pemain sendiri, mereka perlu bertahan secara bersama-sama.

“Tugas itu bukan untuk pemain pertahanan tengah, Nacho dan Raphael Varane sahaja tetapi semua orang perlu terlibat kerana ia mampu memberi kesukaran kepada pasukan lawan mendapatkan gol,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI