fbpx

Maut tersepit kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Saga Aeroback yang terlibat dalam kemalangan di Hadapan Hospital Kulai Besar, Kulai malam semalam. - Foto IHSAN BOMBA

KULAI – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di hadapan Hospital Kulai Besar, Jalan Senai Utama, di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.56 malam itu, mangsa dikenali Abu Bakar Ahmad, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Khidir Kamarudin berkata, sembilan anggota beserta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dikejar ke lokasi.

“Sejurus sampai di lokasi kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Abu Bakar Ahmad, 54, didapati tersepit di tempat duduk pemandu kereta Proton Saga Earoback berkenaan.

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, pegawai perubatan kemudian melaporkan mangsa maut di lokasi sebelum jenazah mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi berkenaan kemudiannya ditamatkan pada pukul 11.50 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI