fbpx

12,098 kakitangan PBT disasar jawab kaji selidik HARA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menyasarkan kira-kira 12,098 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini menjawab kaji selidik sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA).

Timbalan Pengarah (Pencegahan), Abdul Razak Deraof berkata, ini bagi menilai dan membantu PBT dalam merangka perancangan inisiatif pencegahan rasuah pada masa depan.

“Kaji selidik tersebut dilakukan menerusi pengimbasan kod QR menerusi telefon pintar.

“Kita berharap kakitangan PBT akan sama-sama membantu dalam kaji selidik tersebut yang bermula hari ini,” katanya ketika berucap sempena majlis sambutan HARA 2020 di Dewan Raja Mahadi, Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini.

Terdahulu, warga kerja MPK turut melafazkan Ikrar Integriti Korporat (CIP) termasuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara SPRM Selangor yang diwakili Abdul Razak manakala MPK pula diwakili Yang Dipertuanya, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Sementara itu, Ahmad Fadzli menegaskan CIP merupakan satu proses bagi MPK sebagai PBT dalam meningkatkan integriti terutamanya membantu SPRM dalam memerangi rasuah.

“CIP bukan semata-mata program untuk menandatangani Ikrar tetapi menjadi komitmen kepada pengurusan MPK untuk memastikan warga kerja mempunyai nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI