fbpx

Bekas suami Ziana Zain akan fail petisyen rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armin Zaharin

SHAH ALAM – Bekas suami penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri akan menfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Tinggi bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana menyebabkan kecederaan terhadap anak lelakinya.

Petisyen rayuan yang turut mengandungi alasan itu akan difailkan selepas memperoleh rekod rayuan daripada Mahkamah Majistret.

Peguam Amir Farid Mohd. Nawawi yang mewakili Armin Zaharin, 55, ketika dihubungi berkata pihaknya memerlukan rekod rayuan yang mengandungi alasan penghakiman bagi menyediakan asas-asas rayuan anak guamnya di dalam petisyen rayuan tersebut.

Beliau memberitahu, pihaknya akan memfailkan petisyen rayuan itu sejurus mendapat alasan penghakiman selaras dengan peruntukan Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar memaklumkan kepada pemberita bahawa mahkamah menetapkan 13 Januari 2021 untuk pengurusan kes rayuan itu bagi membuat semakan sama ada Armin Zaharin telah memasukkan petisyen rayuan itu.

Rayuan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI