fbpx

Masjid di Kelantan dibuka semula ikut SOP PKPB,PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KOTA BHARU – Solat Jumaat, solat fardhu dan aktiviti masjid di seluruh negeri ini telah kembali dibenarkan beroperasi mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu telah diperkenankan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Katanya, operasi di semua masjid serta surau di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang berkuatkuasa hari ini sehingga 20 Disember depan tertakluk kepada SOP PKPB yang telah dikeluarkan sebelum ini.

“Bagi daerah Bachok, Tumpat, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang, solat Jumaat, solat Fardhu turut dibenarkan beroperasi seperti garis panduan PKPP yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan.

“Surau dan musolla yang terletak di dalam kawasan Madrasah Ad-Diniah, Kampung Huma, Pasir Puteh iaitu Kluster Huma diarah tutup sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu memandangkan pihak kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan DiperketatkanbPKPD) di situ,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan, penutupan surau yang terletak di dalam kawasan Kluster Mengketil dan kawasan Istana Negeri Kubang Kerian diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu.

Katanya, pihak Maik amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam
melaksanakan ketetapan ini.

Tambahnya, bersama-sama kita istiqamah dan yakin bahawa Allah SWT pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI