fbpx

Kelong berhampiran Pulau Merambong musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelong berhampiran Pulau Merambong yang musnah dalam kebakaran, semalam.

JOHOR BAHRU – Sebuah kelong berhampiran Pulau Merambong, Pontian musnah keseluruhan dalam satu kebakaran yang berlaku tengah malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Asmiza Zaini berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 12.30 tengah malam.

Menurut beliau, lapan anggota beserta sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri dikejar ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat diterima, kebakaran di kelong berkenaan bermula pada pukul 9 malam semalam.

“Dalam kejadian itu, empat pekerja dan tujuh pelanggan berjaya menyelamatkan diri menggunakan sebuah bot milik kelong berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, jarak kelong tersebut dengan Jeti Tanjung Kupang membabitkan perjalanan kira-kira 20 minit.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya yang memberitahu operasi kemudian ditamatkan pada pukul 1.07 tengah hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI