fbpx

Kejutan istimewa kek coklat iPhone 12 Risteena buat tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Risteena

PETALING JAYA – Pelakon Risteena Munim membuat kejutan istimewa untuk tunang tersa­yang, Isa Khan apabila mengha­diahkan lelaki itu telefon bimbit iPhone 12.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Risteena di Instagramnya kelmarin, telefon bimbit tersebut disorokkan di dalam sebiji kek coklat berbentuk empat segi.

Menerusi video itu, Isa dilihat terkejut selepas melihat kotak gajet berwarna hitam tersebut semasa memotong kek coklat yang diberikan oleh Risteena atau nama sebenarnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 31.

“Saya hendak beri kek ini sebab awak telah menjaga saya dengan baik, sentiasa bersabar dengan perangai saya yang gila-gila ini. Terima kasih banyak-ba­nyak,” ucap Risteena kepada Isa atau nama sebenarnya, Mohammad Fara Aidid Ali.

TANGKAP layar video kejutan terhadap Isa yang dimuat naik Risteena (tengah) di Instagramnya kelmarin.

Difahamkan, pemberian ha­diah itu adalah sebagai ganti te­lefon bimbit lama Isa yang hilang sebelum ini.

Pasangan tersebut sememang­nya ter­kenal dengan sikap yang gemar membuat kejutan antara satu sama lain.

Pada Jun lalu, Isa pernah menghadiahkan Risteena sebuah kereta mewah jenis Audi bersempena ulang tahun perkenalan mereka yang pertama.

Dua bulan kemudian, Risteena pula membuat empat siri kejutan sempena hari lahir Isa yang ke-27 iaitu bercuti Banjaran Hotspring, Ipoh, menaiki kapal layar, makan malam di hotel dan menyewa sebuah panggung wa­yang di Damansara.

Pasangan itu yang sepatutnya bernikah pada 21 November lalu terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Perge­rakan Bersyarat pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI