fbpx

5 penjawat awam antara ditahan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyerbu sebuah kondominium yang melakukan parti liar awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Seramai 12 individu termasuk lima penjawat awam ditahan positif dadah dalam satu parti liar di sebuah kondominium di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang hari ini.

Serbuan pukul 4 pagi itu membongkarkan parti tersebut untuk menyambut hari lahir salah seorang daripada mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tiada barang menyalahi undang-undang ditemui ketika sebuan sebelum pihak polis melakukan ujian air kencing terhadap 15 individu termasuk penganjur parti tersebut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 12 daripada 15 individu terbabit termasuk lima lelaki penjawat awam didapati positif dadah.

“Siasatan lanjut mendapati, mereka menyediakan dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dalam bentuk jus campuran yang siap dibancuh dalam parti berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mohamad Zainal berkata, siasatan awal mendapati parti itu diadakan untuk menyambut hari lahir seorang daripada suspek yang ditahan selain mereka didapati berhibur dengan lagu rentak disko bermula pukul 2 petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati, suspek membuat tempahan bilik melalui ejen dengan bayaran RM1,100 sehari, sebelum menjemput rakan-rakannya melalui menerusi aplikasi WhatsApp.

“Semua 15 individu itu dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat manakala 12 yang positif dadah direman selama empat hari hingga 10 Disember ini mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI