fbpx

Tukang masak mati dengan 10 kesan tikaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang pengawal keselamatan bertindak menikam seorang kenalannya hingga mati selepas berang dengan mangsa yang sering mengugut dan menganggunya malam tadi.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah pondok pengawal pangsapuri di Paya Terubong di sini kira-kira pukul 8.50 malam apabila mangsa dikatakan datang berjumpa dengan suspek.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati suspek lelaki berusia 65 tahun bertindak menikam mangsa yang bekerja sebagai tukang masak dengan sebilah pisau.

“Mangsa lelaki berusia 42 tahun disahkan mati ketika dibawa ke Hospital Pulau Pinang manakala suspek berjaya ditangkap pada pukul pukul 10.30 malam tadi di kediamannya di pangsapuri berkenaan.

“Turut dirampas adalah sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan mendapati, suspek yang belum berkahwin itu juga mempunyai dua rekod jenayah lampau.

“Soal siasat ke atas suspek mengatakan yang dia tidak tahan dengan si mati yang selalu mengganggu dan mengugutnya,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas saspek akan dijalankan di Bilik Reman Mahkamah pada pukul 9.30 pagi ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI