fbpx

Peluang Hamilton terus samar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON terlepas untuk beraksi di GP Sakhir awal pagi esok dan mungkin tidak dapat menyertai perlumbaan terakhir di GP Abu Dhabi akibat dijangkiti Covid-19. – AFP

MANAMA, Bahrain – Juara Formula Satu (F1), Lewis Ha­milton yang dijangkiti wabak Co­vid-19 hampir pasti terlepas beraksi pada perlumbaan ter­akhir di Grand Prix (GP) Abu Dhabi apabila masih belum pulih.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff berkata, meskipun Hamilton mempunyai simptom sederhana Covid-19, namun ia tidak boleh dipandang ringan dan pihaknya memandang serius soal kesihatan.

Ujarnya, pelumba berusia 35 tahun itu sekarang dalam proses kuarantin selama 10 hari mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Apa yang saya boleh katakan ialah dia (Hamilton) tidak berada dalam keadaan baik. Covid-19 tidak boleh dipandang ringan dan dia kini dijaga rapi. Itu yang paling penting,” kata Wolff.

Pada perlumbaan minggu ini di GP Sakhir, tempat Hamilton diambil alih George Russel selepas mencatat pusingan terpantas pada sesi latihan awal.

Hamilton adalah pelumba ketiga tahun ini terlepas perlumbaan F1 selepas dijangkiti wabak pembunuh tersebut.

Dalam pada itu, Hamilton menegaskan dia sentiasa mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang perlumbaan musim ini.

“Sejak kami memulakan musim ini pada Jun lalu pasukan dan saya sentiasa mengikuti segala prosedur yang ditetapkan untuk memastikan kami berada dalam keadaan selamat.

“Malangnya, walaupun saya sudah tiga kali mendapat keputusan negatif sebelum ini, namun ketika kali ini saya berasa sedikit simptom dan meminta untuk melakukan ujian sekali lagi, keputusannya positif.

“Saya bernasib baik hanya mengalami simptom biasa. Semoga semua akan sentiasa sihat dan menjaga diri masing-masing,” kata Hamilton dalam ­Instagramnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI