fbpx

MCMC dan Twitter gantung akaun BermanaTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Twitter telah menggantung akaun BermanaTV (@Bermanadotcon) yang didapati melanggar piawaian komuniti ditetapkan oleh penyedia platform media sosial itu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, MCMC menghargai menghargai tindakan yang diambil oleh Twitter berdasarkan aduan yang dimajukan oleh pihaknya.

“Kami dapati paparan-paparan di akaun tersebut sering mengelirukan masyarakat dengan berselindung di sebalik nama parodi yang seolah-olah dikaitkan dengan sebuah agensi berita nasional iaitu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

“Namun demikian, langkah penggantungan atau pemadaman akaun adalah bersifat reaktif dan sementara. Akaun-akaun sebegini berkemungkinan boleh diwujudkan semula dan orang ramai perlu berwaspada agar tidak mudah terpengaruh,” katanya.

MCMC berkata, akaun palsu sengaja diwujudkan untuk melindungi identiti sebenar bagi tujuan menipu, menimbulkan syak wasangka dan memecahbelahkan masyarakat.

Justeru, suruhanjaya itu akan terus menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan kewujudan akaun-akaun palsu di media sosial yang berniat jahat.

Orang awam boleh memastikan kesahihan setiap maklumat dengan mengikuti saluran rasmi serta akaun media sosial yang mendapat lencana pengesahan biru atau kelabu daripada penyedia platform seperti Twitter, Facebook, Instagram, YouTube dan sebagainya.

Lencana itu mengiktiraf bahawa sesuatu akaun media sosial berasal daripada organisasi serta individu yang telah disahkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI