fbpx

Lelaki ditemui maut bersama kerbau dipercayai terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui maut bersama seekor kerbau miliknya dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Kuala Papar. Foto: Ihsan Bomba.

PAPAR – Seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui maut bersama seekor kerbau miliknya dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Kuala Papar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Salaman Dollah berkenaan ditemui penduduk setempat sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Roslie Jun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi dilaporkan bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) berserta tujuh anggota.

“Setibanya di tempat kejadian mendapati, pasukan bomba mendapati mangsa terbaring di tepi pagar hadapan rumah bersama seekor kerbau dengan jarak yang sangat hampir.

“Mangsa dikhuatiri terkena renjatan elektrik dari tiang elektrik yang terletak di kawasan hujung pagar tempat kejadian terbabit.

“Kita kemudiannya menunggu ketibaan pihak SESB untuk tindakan lanjut sebelum operasi mengambil mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Roslie berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, operasi tamat pada pukul 8.36 pagi dan setakat ini punca kemalangan masih dalam siasatan pihak Jabatan Forensik Bomba. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI