fbpx

JDT ucap takziah kepada Syafiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT ucap takziah

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan takziah kepada penyerang mudanya, Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kemalangan di Nibong Tebal, Pulau Pinang awal pagi hari ini.

Ucapan tersebut dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi JDT, hari ini.

“Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim atas pemergian ahli keluarga beliau.

“Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,” jelas kenyataan itu.

Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya yang berusia 22 hari awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, turut maut dalam kemalangan itu ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Sementara itu, isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah, manakala Muhammad Syafiq dan anak perempuannya dilaporkan mengalami kecederaan ringan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI