fbpx

Dibunuh akibat aktiviti pengedaran dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut ditetak pada bahagian kepala sebelum ditemui di koridor luar PPR Intan Baiduri, Kepong pada 25 November lalu.- Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penglibatan dalam aktiviti pengedaran dadah dipercayai motif seorang pekerja pasang kanopi mati ditetak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Jinjang pada 25 November lalu.

Motif pembunuhan terbongkar selepas pihak polis menahan enam individu termasuk suspek utama kes itu semalam.

Tangkapan ke atas enam suspek termasuk seorang wanita berusia 24 hingga 42 tahun itu dilakukan di sekitar kawasan Lembah Klang,

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan tangkapan tersebut.

“Hasil siasatan mendapati tiga daripada lima suspek itu terlibat secara langsung dalam pembunuhan bermotifkan aktiviti pengedaran dadah.

“Kesemua lima suspek itu direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Disember depan,” ujarnya.

Kosmo Online! pada 25 November lalu melaporkan seorang lelaki maut ditetak pada bahagian kepala sebelum ditemui di koridor luar PPR Intan Baiduri, Kepong.

Mangsa, M.Tuseelan,21, ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 10 pagi sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai pergi ke Blok E kira-kira 200 meter dari lokasi ditemui mati untuk membeli makanan sebelum ditetak dua lelaki menaiki sebuah motosikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI