fbpx

ATM usir PATI, gagalkan cubaan seludup kayu balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat orang PATI yang ditahan ketika cuba menyusup masuk ke Sarawak melalui lorong tikus di sempandan Malaysia dan Kalimantan berdekatan Sektor Tebedu malam semalam.

PETALING JAYA – Hasrat empat pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba menyusup masuk ke negara ini melalui lorong tikus di Sarawak gagal selepas kesemua mereka ditahan pihak berkuasa malam tadi.

Keempat-empat mereka yang berasal dari Entikong, Indonesia ditahan kira-kira pukul 9 malam di sekitar Sektor Tebedu, di Persempadanan Sarawak dan Kalimantan Barat.

Markas Divisyen Pertama Infantri berkata, penahanan kesemua PATI itu dilakukan ketika sepasukan anggota yang sedang melaksanakan rondaan keselamatan sempadan di lorong-lorong tikus sekitar kawasan berkenaan.

“Semasa rondaan dilakukan, anggota telah berjaya mengesan dan menahan empat PATI yang sedang berusaha untuk masuk ke Sarawak melalui laluan yang tidak sah.

“Setelah ditahan dan diperiksa, mereka yang berasal dari Entikong ingin ke Sibu untuk bekerja. Kesemua mereka diusir keluar setelah laporan Polis dibuat di Balai Polis Tebedu,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Markas Divisyen Pertama Infantri turut memaklumkan pihaknya telah menemui longgokan 183 potongan kayu gergaji bernilai hampir RM5,000 dalam kejadian di Kampung Danau Melikin kira-kira 200 meter dari sempadan Malaysia–Indonesia pada Rabu lalu.

Longgokan potongan kayu gergaji yang ditemui di Kampung Danau Melikin.

Katanya, kayu gergaji dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui aktiviti pembalakan haram di sempadan Malaysia-Indonesia.

“Penemuan ini turut dilaporkan kepada Pejabat Hutan Wilayah Kuching untuk maklumat jabatan dan tindakan seterusnya.

“Wakil daripada pejabat hutan telah hadir ke lokasi pembalakan haram tersebut dan mengesahkan lokasi tersebut berada di kawasan Malaysia dan kegiatan pembalakan tersebut adalah tidak sah,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI