fbpx

Ahmad Faizal terkilan tidak sempat bentang bajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal (tengah) menyampaikan sumbangan masing-masing RM100,000 kepada sembilan buah sekolah persendirian Cina di Ipoh hari ini.

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat membentangkan Belanjawan Negeri 2021 selepas gagal meraih sokongan majoriti ahli dewan dalam usul undi percaya terhadapnya semalam.

Ahmad Faizal berkata, banyak perkara baik dalam belanjawan tersebut yang mahu diumumkan terutamanya kepada penjawat awam negeri.

“Saya sendiri susah hati apabila belanjawan tak dapat nak dibentangkan, banyak berita baik di situ termasuk kepada penjawat awam dan mereka menantikannya.

“Pagi ini saya berjoging, jumpa dengan rakan penjawat awam yang menyatakan rasa sedih mereka kerana saya tak sempat bentangkan perkara baik untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan berjumlah RM900,000 kepada sembilan Sekolah Persendirian Cina (SUWA) di sini, hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak berkata, beliau berharap rakyat khususnya penjawat awam di negeri ini bersabar menantikan perkara baik untuk mereka dalam belanjawan negeri.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Bersatu turut meminta rakyat bertenang berikutan kemelut politik negeri yang berlaku.

“Kalau orang yang nak disingkirkan ini pun dengan hashtag ‘kekal tenang’, saya harap rakyat bertenang, tak perlu runsing,” katanya.

Semalam, pada awalnya, usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal yang dibawa oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 dalam persidangan DUN.

Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid untuk undian dijalankan.

Dalam undian tersebut, hanya 10 ADUN yang menyokong usul tersebut manakala 48 lagi menolak sementara satu undi rosak atau berkecuali.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI